Posts

Showing posts from February 9, 2017

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Baiklah sudah tiba masanya untuk saya bercerita sikit tentang bagaimana cara mendaftar dan menjadi pemandu Uber. Saya hanya kongsikan sahaja, mana tahu anda berminat untuk menyertai kami.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan tempat di Malaysia sudah boleh menggunakan perkhidmatan Uber ini. Hal ini terjadi kerana permintaan sudah semakin tinggi untuk perkhidmatan Uber. Oleh itu, pihak Uber mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pemandu kepada Uber.

Sebelum anda bermula untuk mendaftar menjadi pemandu Uber ada beberapa syarat yang perlu anda turuti. Jika salah satu tidak mencukupi anda tidak akan melepasi tapisan menjadi pemandu yang sah. Buat masa ini syarat-syarat untuk menjadi seorang pemandu uber adalah seperti berikut:
Kereta keluaran tahun 2008 dan keatasKenderaan yang anda gunakan mempunyai 4 pintuAnda berumur 21 tahun keatasMempunyai lesen penuh ( P tidak dibenarkan )Nama ada dalam Insuran cover note kenderaan yang anda gun…