Posts

Showing posts from April 11, 2016

Tips - Pra-syarat untuk melabur dalam hartanah lelong

Image
Assalammualaikum



Kali ini, saya ingin berkongsi 3 pra-syarat yang perlu dipenuhi sebelum anda berhajat untuk menceburi bidang pembelian hartanah lelong ini.

1. Minat Bidang Hartanah

Ini pra-syarat utama. Sesetengah orang yang mempunyai wang yang banyak, bila diajak melabur dalam hartanah lelong “tak minatlah, aku minat melabur dalam penternakan lintah!” sesetengah orang berkata “aku minat dalam Forex Trading” dan macam-macam lagi, terpulanglah, masing-masing mempunyai minat tersendiri.

Untuk berjaya didalam bidang hartanah ini pokok pangkalnya anda perlu ada minat. Sesetengah orang mula minat apabila melalui pengalaman mendapat untung RM30,000-RM40,000 setelah menjual rumah pertama dan ada juga meminati hartanah kerana tidak suka menyewa. Macam-macam perangai manusia.

2. Laburkan Wang Untuk Ilmu

Apabila anda sudah mempunyai minat anda tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit wang. Kesemua pakar-pakar kewangan bersetuju bahawa untuk menjadi hebat didalam sesuatu bidang yang hendak anda c…