Posts

Showing posts from April 1, 2012

Janji Allah Kepada Hambanya Yang Ingin Berkahwin

Image
Di dalam surah An-Nur, Ayat 33 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya;”

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah berjanji, barang siapa yang mempunyai keinginan serta niat yang ikhlas untuk berkahwin kerana Allah SWT, tetapi kekurangan duit atau kemampuan untuk melangsungkan perkahwinan mereka, hendaklah mereka menjaga “kehormatannya” yang bermaksud, menjaga kemaluan serta diri mereka daripada melakukan maksiat atau perbuatan keji. Sehinggalah, Allah SWT mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepadanya untuk berkahwin.