Posts

Showing posts from January 3, 2011

Rayuan daripada Pengasas Wikipedia, Jimmy Wales

Image
Sepuluh tahun yang lalu, renungan was-was kelihatan pada semua apabila saya berbincang tentang Wikipedia. Mungkin mereka tidak percaya bahawa sukarelawan dari seluruh dunia mampu berganding bahu dan bekerjasama untuk mewujudkan kahzanah ilmu -hanya dengan misi untuk berkongsi.
Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda.
Satu dekad selepas Wikipedia dimulakan, lebih daripada 380 juta orang menggunakannya setiap bulan– hampir satu pertiga daripada pengguna-pengguna jaringan Internet sedunia.

Wikipedia merupakan laman web kelima paling dikunjungi di dunia. Keempat-empat laman yang mendahuluinya telah dibina dan diuruskan dengan berjuta-juta dollar modal, bilangan staf yang besar dan startegi pemasaran yang tidak terhingga.

Akan tetapi, Wikipedia bukanlah laman komersial. Wikipedia dihasilkan oleh masyarakat, ditulis dan disunting oleh para sukarelawan untuk menghasilkan setiap artikel. Anda merupakan sebahagian daripada komuniti ini dan saya merayu kepada anda untuk melindungi khazanah…